nuffnang

Carian Blog

Sunday, 17 February 2013

Antara tanda-tanda kecil kiamat

               Hari kiamat adalah hari akhir bagi semua makhluk di alam ini. Ini adalah hari semua manusia di himpunkan dari seawal-awal kelahiran iaitu manusia sejak zaman Nabi Adam dan Hawa hinggalah kepada manusia yang paling akhir di jadi dan di matikan oleh Allah swt.
               Pada hari itu juga manusia di hisab amalannya. Hari kiamat adalah sesuatu perkara yang sebenar sebagaimana benarnya setiap manusia akan mati. “ Dan sesungguhnya kiamat akan datang, tidak ada syak padanya dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan orang yang di dalam kubur “ (Surah al-Hajj, ayat 7)

Antara tanda kecil berlakunya kiamat ialah:

  • ·         Penaklukkan Baitulmaqdis di Palestin -  Daripada Auf bin Malik RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “ Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. Baginda menyebutkan satu di antaranya, penaklukkan Baitulmaqdis “ ( Hadis sahih Bukhari )
  • ·         Zina berleluasa – “ Dan tinggallah manusia yang buruk yang sesuka hati melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang “ (Hadis sahih Muslim)
  • ·         Alat muzik menjadi kebangaan dan di gilai – Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka bumi. Ada yang bertanya kepada Rasulullah: “ Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi..?” Baginda menjawab: “ Apabila bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi wanita” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
  • ·         Menghias masjid dan membanggakannya – “Antara tanda dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid” ( Hadis Riwayat Nasai )
  • ·         Munculnya kekejian memutuskan persaudaraan dan bersikap buruk dengan jiran – “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan kesat memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap buruk dengan jiran” (Hadis riwayat Ahmad dan Hakim)
  • ·         Ramai orang soleh meninggal dunia – “Tidak akan datang hari kiamat sehinnga Allah SWT mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi. Maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang hina dan buruk yang tidak mengetahui dan tidak memgingkari kemungkaran” (Hadis riwayat Ahmad )
  • ·         Orang hina mendapat kedudukkan terhormat -  “Antara tanda semangkin dekatnya kiamat ialah dunia di kuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodah dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang beriman yang di apit oleh dua orang mulia” (Hadis riwayat Thabrani)
  • ·         Mengucapkan salam kepada orang di kenali sahaja. – “Sesungguhnya antara dekatnya kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali kepada yang di kenali sahaja” (Hadis riwayat Ahmad)
  • ·         Ramai wanita berpakaian, tapi hakikatnya telanjang – “Antara tanda dekatnya hari kiamat adalah akan muncul pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang” ( Hadis riwayat Abu Hurairah RA )
  • ·         Bulan sabit kelihatan besar – “Antara tanda dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (Hadis riwayat Thabrani)
  • ·         Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita – “Pada akhir zaman akan muncul pembohong besar yang akan datang padamu dengan membawa berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah di dengar oleh ibubapa kamu sebelumnya, kerana iyu jauhkanlah dirimu daripada mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” (Hadis sahih Muslim)
  • ·         Ramai menjadi saksi palsu dan di sembunyi kesaksian yang sebenar – “Sesungguhnya sebelum datang hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan di sembunyikan kesaksian yang benar.” (hadis riwayat Ahmad)
  • ·         Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai – “ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai.” (Hadis sahih Muslim)

No comments:

Post a Comment

Try Click Here..