nuffnang

Carian Blog

Sunday, 31 March 2013

Sentiasa Tafakur, Muhasabah Diri Kunci Ketenangan


Baginda Rasulullah SAW mengajar kita bagaimanakah usaha yang perlu bagi melahirkan hati yang bersih dan tenang, antaranya ialah tafakur dan muhasabah dengan merenung kehidupan serta memikirkan mengenai hubungan hati kita dengan Allah SWT.

Beristighfar dengan memohon ampun terhadap Allah SWT. Baginda Rasulullah SAW yang bersifat maksum daripada segala dosa beristighfar sebanyak 70 kali sehari semalam walaupun Baginda telah di ampunkan segala dosanya oleh Allah SWT sebagai tanda bersyukur Baginda SAW.

Firman Allah SWT, “Tiadalah Tuhan akan menyeksa mereka, sedangkan engkau berada di antara mereka dan tiadalah tuhan hendak menyeksa mereka selama mereka beristighfar.”Surah al-Anfal, ayat 33.

Berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW sekadar bilangan yang termampu untuk mendapat syafaat Baginda SAW di hari akhirat nanti. Rasulullah SAW bersabda. “Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali, nescaya Allah SWT akan membalasnya dengan selawat ke atasnya sepuluh kali.”

Firman Allah SWT, “Sesungguhnya Allah SWT dan Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya dan ucapkanlah salam kepadanya dengan sepenuh penghormatan.” – Surah Ahzab, ayat 56

Mengingati mati yg tetap akan mengunjungi kita pada bila-bila masa. Sabda Rasulullah SAW. “Perbanyakkan mengingati mati , kerana dengan yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan tidak tamak pada dunia.”

Berzikir secara tersembunyi bagi mengelakkan sifat menunjuk-nunjuk(riak). Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik zikir adalah yang di rahsiakan (dalam hati) dan sebaik-baik rezeki adalah apa yg mencukupi.”

Berdoa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh. Firman Allah SWT, “Dan Tuhan kamu berfirman, Mohon lah kepada-Ku nescaya Aku akan memperkenankan permohonan kamu.”Surah al-Mukminin, ayat  180.

Perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT pada setiap masa. Selepas solat Fardu, membaca al-Quran, solat sunat Tahajud di tengah malam dan berdoa di tempat yg afdal berdoa kerana dengan banyaknya doa, hati akan menjadi bersih, lembut dan sejahtera.

Wallahu’alam..

No comments:

Post a Comment

Try Click Here..