nuffnang

Carian Blog

Monday, 25 February 2013

Kehidupan Lebih Tertib Dengan Bimbingan

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Allah SWT tidak akan mengambil kembali ilmu(agama) dengan mengambilnya dari dalam hati manusia, tatapi mengambilnya dengan kematian ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang bodoh sebagai pemimpin mereka, apabila orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak di dasarkan kepada ilmu, maka mereka berada di dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain." (HR al-Bukhari)

    Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk menuntut ilmu. Istilah ulama pula di gunakan pada orang yang sangat memahami permasalahan agama dan mendalami ilmu agama.

   Pada zaman ini, hampir tiada lagi ulama yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai melainkan hanya yang pernah mereka belajar beberapa bidang ilmu dan menguasai satu atau dua cabang ilmu sahaja. Berbeza dengan zaman lampau, mereka yang di sebut sebagai ulama adalah mereka yang menguasai dengan ahli dalam banyak cabang ilmu. Dengan perkataan lain, di zaman ini golongan ulama yang menguasai pelbagai cabang ilmu dengan ahli, semangkin lama semangkin pupus..

   Justeru, dengan waktu yang semangkin singkat di akhir zaman ini, di tambah kesibukkan dan kelalaian kita sendiri dalam mengurus waktu. Marilah bersama kita mengkaji serta mengambil ilmu daripada mereka kerana kehidupan ini tidak akan berjalan dengan tertib tanpa bimbingan ulama dan umarak.

   Tetapi kenyataannya pada hari ini, ramai tidak memahami situasi itu sehingga mereka merasa mampu mengatur kehidupan dunia tanpa merasa perlu membabitkan golongan ulama. Bahkan ulama di anggap sebagai kelompok yang tidak mengetahui situasi, tidak memahami perkembangan zaman, mereka di anggap sebagai golongan yang hanya berbicara dalam masalah ibadah dan akhirat semata.

  Akibatnya, timbul sikap menolak dan meremehkan golongan ulama dan pembabitan mereka dalam urusan mengatur dunia. Justeru adalah tidak menghairankan ada golongan manusia yang menjadikan orang yang jahil dan bodoh sebagai pemimpin mereka hingga akhirnya membawa kepada kesesatan dan kemusnahan.

No comments:

Post a Comment

Try Click Here..